BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PERPADUAN
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyediakan bantuan kewangan kepada badan bukan Kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program perpaduan melibatkan komuniti di pelbagai peringkat dan organisasi

PERMOHONAN KINI DITUTUP!

Jendela Permohonan Tahun 2026

Berikut adalah jadual bagi tarikh program serta tempoh permohonan

Tarikh Program Tempoh Permohonan
1 Februari 2026 - 30 April 2026 1 Disember 2025 - 7 Januari 2026
1 Mei 2026 - 31 Julai 2026 23 Februari 2026 - 31 Mac 2026
1 Ogos 2026 - 15 November 2026 25 Mei 2026 - 30 Jun 2026

Objektif Bantuan Kewangan

Objektif bantuan kewangan berkenaan ialah seperti berikut:

vector women
Memberi bantuan kewangan untuk mempergiat penyertaan semua lapisan masyarakat dalam pembangunan sosial yang menyumbang kepada perpaduan rakyat dan keharmonian Negara yang berkekalan.
Menjadikan Kementerian Perpaduan Negara sebagai salah satu agensi penggerak bagi penyampaian perkhidmatan berkaitan perpaduan dan kesejahteraan sosial melalui pendekatan kolaborasi strategik bersama NGO.
Merealisasikan strategi-strategi Kementerian Perpaduan Negara untuk memupuk semangat perpaduan dan menyampaikan mesej perpaduan dengan lebih berkesan kepada golongan sasaran secara menyeluruh.

Panduan Defisit Sosial Yang Diberikan Fokus Dalam Program Perpaduan

No. Defisit Sosial Jangkaan Impak Cadangan Kluster Program
1 Etnisiti Meningkatkan interaksi dan pemahaman antara kaum disamping mengurangkan prejudis dan stereotaip etnik/kaum/budaya untuk mewujudkan identiti Malaysia yang inklusif dan menghormati kepelbagaian bangsa. Semarak Perpaduan
2 Agama Memupuk toleransi dan saling menghormati melalui peningkatan interaksi/integrasi antara penganut agama secara sihat untuk mengurangkan konflik berasaskan agama dan mempromosikan nilai-nilai universal kemanusiaan. Semarak Perpaduan
3 Kelas Sosial Mengurangkan diskriminasi berdasarkan status dan kedudukan sosial serta memupuk sikap saling menghormati tanpa mengira darjat atau taraf dalam masyarakat untuk mewujudkan kesaksamaan sosial yang lebih adil. Komuniti Rahmah
4 Pendidikan Membina identiti warganegara Malaysia yang kukuh melalui penanaman nilai-nilai Rukun Negara, warisan bangsa dan jatidiri yang kukuh dengan semangat patriotisme bagi membentuk masyarakat yang memahami tanggungjawab kepada negara. Semarak Kenegaraan
5 Bahasa Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang telah termaktub sebagai Bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan alat interaksi dan komunikasi kepada rakyat berbilang kaum selanjutnya sebagai alat untuk menjayakan perpaduan. Semarak Perpaduan / Semarak Kenegaraan
6 Jurang Generasi Merapatkan jurang antara generasi melalui peningkatan interaksi, integrasi dan sikap saling menghargai antara satu sama lain sebagai platform untuk memindahkan nilai-nilai murni kepada generasi muda. Semarak Perpaduan / Semarak Kenegaraan
7 Gender Persoalan gender dalam konteks perpaduan dilihat dalam skop peranan dan kapasiti lelaki dan wanita dalam menjayakan agenda perpaduan pada peringkat individu, keluarga dan komuniti bagi merungkai peranan dan kapasiti gender menggunakan konteks perpaduan sebenar. Komuniti Rahmah
8 Ruang Bandar-Desa Memupuk kefahaman dan saling menghargai antara masyarakat bandar-desa sambil mewujudkan sikap saling menyokong dan melengkapi bagi mengukuhkan jalinan sosial yang erat merentasi sempadan lokasi. Komuniti Rahmah

Panduan Penetapan Jenis Aktiviti Berdasarkan Fokus & Kluster Program Perpaduan

FOKUS PROGRAM KLUSTER PROGRAM SEMARAK PERPADUAN
Menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.
SEMARAK KENEGARAAN
Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara.
KOMUNITI RAHMAH
Membina komuniti yang mampan dan rahmah yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dengan saling menghormati, mengasihi dan menghargai.
NILAI INTEGRASI NASIONAL
1. Memahami dan membuka hati untuk mengenali budaya, tradisi dan cara hidup yang berbeza (FAHAM).
2. Menghormati dan menghargai perbezaan serta kepelbagaian yang wujud (HORMAT).
3. Menerima perbezaan dan kepelbagaian sebagai kekuatan yang mengukuhkan perpaduan (TERIMA).
4. Interaksi antara kaum dan penglibatan komuniti dibudayakan (MERAIKAN).
KONSEP AKTIVITI
Aktiviti yang boleh memupuk kesedaran dan penerimaan terhadap kepelbagaian melalui pendekatan interaksi sosial yang melibatkan penyertaan aktif masyarakat umum dari pelbagai kelompok dan latar belakang sosial untuk memupuk kefahaman antara kaum/etnik/agama.
KONSEP AKTIVITI
Aktiviti bagi meningkatkan pemahaman terhadap sejarah, warisan, dan identiti Malaysia melalui penyediaan/ perkongsian informasi yang inklusif bagi setiap kaum/etnik/agama yang boleh mempererat hubungan antara masyarakat majmuk di pelbagai peringkat.
KONSEP AKTIVITI
Aktiviti bagi memperkukuhkan nilai kemanusiaan dan kepedulian sosial yang melibatkan penyertaan kolaboratif masyarakat umum dari pelbagai lapisan sosial merentasi sempadan kaum/etnik/agama serta pelbagai kelompok masyarakat.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
1. Meningkatkan semangat patriotisme dan rasa bangga terhadap identiti negara.
2. Mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian rakyat.
3. Membina jati diri warganegara yang kukuh dengan semangat toleransi dan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya serta nilai perpaduan.
KONSEP AKTIVITI
Aktiviti sosial melalui penglibatan aktif dan inklusif masyarakat umum dari pelbagai latar belakang kaum/etnik/agama untuk membangunkan semangat patriotisme serta membina jatidiri seorang warganegara yang bertolerasi antara satu sama lain.
KONSEP AKTIVITI
Aktiviti bagi meningkatkan penghayatan mendalam terhadap nilai-nilai asas kerukunan masyarakat dan kenegaraan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui kaedah yang bersesuaian dengan kaum/etnik/agaman serta kelompok yang pelbagai.
KONSEP AKTIVITI
Aktiviti yang membentuk nilai anak bangsa Malaysia yang saling menghormati perbezaan yang wujud antara kaum/etnik/agama dengan matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang saling prihatin untuk menjaga kesejahteraan anggota masyarakat yang lain.

Kelayakan

Pertubuhan/ organisasi yang aktif berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)/ Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

Bentuk Pogram

Program pendidikan/ khidmat komuniti/ aktiviti kebajikan/ kesukarelawanan/ sukan/ rekreasi/ pertandingan/ peraduan/ sambutan/ perayaan atau lain-lain program yang bersesuaian yang berteraskan interaksi dan integrasi pelbagai kaum.

Penyertaan

Penyertaan pelbagai kaum di peringkat komuniti/ organisasi/ institusi

PERTIMBANGAN BANTUAN KEWANGAN

NILAI BANTUAN

Bantuan kewangan tidak melebihi RM100,000.00, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

KEKERAPAN

Dalam tahun semasa, Kementerian Perpaduan Negara hanya akan mempertimbangkan satu (1) kelulusan sahaja bagi setiap pertubuhan atau organisasi. Permohonan berikutnya daripada penerima yang telah mendapat kelulusan dalam tahun yang sama tidak akan dipertimbangkan.

PENYALURAN BANTUAN

(i) Sebanyak 70% daripada Bantuan Kewangan yang diluluskan akan disalurkan sebelum program dilaksanakan; dan
(ii) Sebanyak 30% baki daripada Bantuan Kewangan yang diluluskan akan disalurkan selepas program dilaksanakan, tertakluk kepada NGO mengemukakan laporan akhir yang lengkap mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan Bantuan Kewangan adalah seperti yang berikut:

  • permohonan boleh dibuat oleh NGO untuk menganjurkan program, aktiviti atau kegiatan yang berkaitan dengan kesepaduan sosial untuk memupuk perpaduan rakyat dan keharmonian Negara;
  • program yang dianjurkan hendaklah tidak berorientasikan keuntungan, politik, individu atau bersifat upacara keagamaan;
  • program yang dilaksanakan perlu melibatkan kumpulan sasar daripada pelbagai kaum;
  • mempunyai perancangan yang baik untuk menggalak dan memupuk perpaduan serta menghebahkan mesej-mesej perpaduan dengan meluas;
  • menganjurkan program yang mampu menyumbang kepada agenda perpaduan Negara; dan
  • penganjuran program tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama, budaya dan tradisi masyarakat majmuk di Negara ini serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan atau mengganggu-gugat kestabilan politik, ekonomi, sosial, ketenteraman awam dan keselamatan Negara.
  • Pindaan terhadap pelaksanaan program hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada Kementerian Perpaduan Negara dalam tempoh sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum program dilaksanakan. Terma pindaan ialah seperti berikut:
Butiran pindaan Terma
Tarikh Sekali sahaja, tertakluk dilaksanakan dalam jendela (window) yang sama
Lokasi Tertakluk pertimbangan Kementerian Perpaduan Negara
Tempoh, jadual & pengisian program Tidak dibenarkan